Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 pain darah dikumpul

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 28 Mei – Sebanyak 28 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui kempen derma darah yang dikendalikan oleh Persatuan Foochow dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan di bangunan persatuan tersebut, di sini, hari ini.

    Lebih 30 orang dalam kalangan ahli-ahli persatuan tersebut dan orang ramai menyertai kempen tersebut yang merupakan aktiviti tahunan persatuan dengan tujuan untuk membantu menambahkan tabung darah demi keperluan orang ramai terutamanya pesakit-pesakit yang memerlukan.

    Di samping itu, kempen berkenaan juga bagi menyuntik semangat orang ramai terutamanya dalam kalangan ahli-ahli persatuan untuk sentiasa melakukan aktiviti berkebajikan serta untuk meningkatkan cara hidup sihat bukan sahaja melalui aktiviti bersukan atau senaman tetapi juga dengan menyumbangkan darah.

    Hadir sama pada kempen tersebut ialah Pengerusi Persatuan Foochow, Tan Tei Tei yang turut memberitahu, aktiviti itu merupakan kali keempat dikendalikan dengan hasrat untuk terus menyokong pihak tabung darah di negara ini, khususnya Daerah Belait. Menurutnya, ia merupakan salah satu aktiviti berkebajikan yang boleh menyelamatkan nyawa. Beliau juga memberitahu, pada tahun lepas, mereka telah mencatatkan rekod terbaik melalui aktiviti kempen derma darah yang diadakan dan beliau berharap penderma-penderma akan terus tampil begitu juga kepada masyarakat lainnya, supaya akan sentiasa mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab dalam sama-sama membantu kepada yang memerlukan.

    Pengerusi Persatuan Foochow bersama ahli-ahli jawatankuasa kempen derma darah dan para penderma serta kakitangan Pusat Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda