Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    28 terima hadiah kempen vaksinasi dos penggalak, termasuk kanak-kanak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Seramai 28 orang pemenang bertuah telah dipilih bagi kempen vaksinasi dos penggalak dan kanak-kanak anjuran bersama Kementerian Kesihatan dengan Progresif dan menerima hadiah masing-masing pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Progresif, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Datastream, Cheng Siok Tuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

    Kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempamerkan perpaduan negara dalam pulih bersama dan mencegah penularan pandemik COVID di Negara Brunei Darussalam.

    Kedua-dua kempen diadakan untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksinasi dos penggalak bagi mencapai 70 peratus penduduk negara dan kanak-kanak antara lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi mereka. Dalam kata alu-aluannya, Hajah Nurul Haniah menyatakan penghargaan kepada profesional petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan penduduk Brunei dalam keadaan selamat dan sihat.

    “Di kesempatan ini juga, saya bagi pihak Progresif ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan di atas segala usaha yang berterusan dan tidak kendur-kendurnya dan alhamdulilah telah berjaya membendung penularan jangkitan COVID.”

    Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Datastream, Cheng Siok Tuan semasa menyampaikan hadiah utama kepada salah seorang pemenang bertuah pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pemenang-pemenang Cabutan Bertuah Kempen Vaksinasi Dos Penggalak dan Kanak-kanak anjuran bersama Kementerian Kesihatan dan Progresif Sdn Bhd yang berlangsung di Ibu Pejabat Progresif, kelmarin.
    Dr Ang Swee Hui, Cheng Siok Tuan dan Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama para pemenang bertuah Kempen Dos Penggalak.

    Pada majlis berkenaan, hadiah utama bagi Kempen Dos Penggalak bagi mencapai 70 peratus telah disampaikan oleh Dr Ang Swee Hui di mana empat pemenang utama telah dipilih dengan seorang pemenang dari setiap daerah.

    Mereka ialah Haji Morni bin Awang Damit dari Daerah Brunei dan Muara; Dayang Siti Hanisah binti Zulkopali dari Daerah Tutong; Dayang Noradeewati binti Amat dari Daerah Temburong; dan Kumarasamy Raja Kumarasamy Alagumuthu dari Daerah Belait di mana mereka memenangi telefon pintar VIVO Y76 dengan talian MORE6 percuma selama enam bulan tanpa kontrak.

    Sebagai tanda penghargaan bagi yang menerima vaksinasi dos penggalak dan untuk melindungi masyarakat, Hajah Nurul Haniah telah menyampaikan hadiah sagu hati berupa Pek Prabayar Starter Progresif dan barangan Progresif kepada 10 orang pemenang.

    Kesemua pemenang bagi Kempen Dos Penggalak berkenaan telah dicabut daripada jumlah keseluruhan seramai 315,485 orang yang telah mengambil dos penggalak di seluruh negara.

    Sementara itu, hadiah utama bagi Kempen Vaksinasi Kanak-kanak telah disampaikan oleh Cheng Siok Tuan kepada Dayangku Nurizatul Ajeelah binti Pengiran Kamal Ariffin dari Daerah Brunei dan Muara; Dayang Noor Atikah Amalina binti Daud dari Daerah Temburong; Dayang Afina Arissa Nurthahirah binti Mohammad Hanafi dari Daerah Temburong dan Dayang Zaheen Nur Zahira binti Haji Mohd Harmani dari Daerah Belait yang menerima Samsung Tab A7 Lite LTE dengan MORE 6 percuma enam bulan tanpa kontrak.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...