Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    29 cedera pagar penghalang roboh

    AMIEN, 1 Okt – Dua puluh sembilan penyokong cedera, lima daripada mereka mengalami kecederaan parah, selepas pagar penghalang roboh semalam di sebuah stadium di utara bandar Perancis, Amiens ketika para penyokong meraikan gol pembukaan pasukan mereka.

    Pagar yang memisahkan penyokong Lille dengan padang roboh ketika mereka meluru ke depan bagi meraikan gol menentang Amiens, pesaing daerah yang baru sahaja dinaikkan ke liga teratas bola sepak Perancis.

    Beberapa orang terjatuh hingga 1.5 jauh dan dihempap oleh penyokong lain yang jatuh di atas mereka. Kecederaan termasuk kepala, dada dan trauma abdomen, menurut pihak perubatan.

    Pengadil perlawanan, Thomas Leonard menghentikan perlawanan pada minit ke-16 ketika Red Cross dan pekerja kecemasan bergegas untuk membantu mereka yang cedera. Perlawanan itu kemudian dibatalkan.

    “Ia terjadi secara tiba-tiba. Malah saya tidak tahu siapa menjaringkan gol. Ia tiba-tiba jatuh. Saya tidak dapat mendengar dan melihat apa-apa, dan kemudian pekerja kecemasan membawa saya pergi,” kata George Penel, 21, yang mengalami kecederaan pada kaki dan belakangnya.

    Pekerja kecemasan dan anggota polis bergegas membantu penyokong Lille yang cedera setelah pagar penghalang roboh ketika perlawanan Ligue 1 antara Amiens dan Lille. – AP

    Insiden terjadi apabila Fobe Ballo-Toure dari Lille berlari ke arah seksyen penyokong pelawat selepas menjaringkan gol pembukaan, menyebabkan satu tolakan yang terus merobohkan pagar penghalang.

    Dibina pada tahun 1999, Stade de la Licorne, merupakan yang terkecil daripada 20 kelab Ligue 1 Perancis, dengan kapasiti 12,000.

    Kerja pengubahsuaian dilakukan sepanjang musim 2017-18, dengan Amiens yang baru dinaikkan cuba menaikkan standard stadiumnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda