29 lagi langgar arahan Ops Pulih

Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Operasi Pulih yang memasuki hari ke-11 sejak mula dikuatkuasakan pada 4 Oktober, hari ini, telah mengesan 29 pelanggaran arahan di seluruh negara dengan individu berkenaan telah dikeluarkan denda kompaun.

“Hasil pemantauan agensi-agensi penguat kuasa yang dilakukan semalam semasa larangan keluar rumah bermula jam 8 malam hingga 4 pagi, daripada 29 jumlah pelanggaran arahan tersebut, 16 kesalahan telah didapati di Daerah Brunei dan Muara; tujuh di Daerah Belait; dua di Daerah Tutong; dan empat di Daerah Temburong,” menurut kenyataan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). PPDB turut menegaskan kepada masyarakat awam untuk lebih peka dan bersikap responsif dengan arahan pengawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Sahut dan tanai dengan bijaksana, jangan sesekali mengambil remeh dan ringan kerana langkah dan strategi yang telah digerakkan adalah bertujuan untuk kepentingan kemaslahatan dan kesejahteraan kesemua penduduk di negara ini,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu semasa sidang media petang ini, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar turut mengongsikan 22 nama individu yang membuat kesalahan tidak berada di rumah.

Individu berkenaan ialah Muhammad Shafiqquddin bin Ariffin, Nurul Dania binti Ismail, Mohammad Kamarruddin bin Haji Parsih, Bokul, Mohammad Enddy Zulyady bin Awang Sapar, Ibrahim bin Mutusam, Nornasaruddin bin Namit, Belal Ahmad, Din Islam, Md Iqramul Haque, Abu Taher, Muhammad Hanafi bin Hamdani, Tony Chieng Tiew Long, Radzuan bin Mokti, Chandra Bhan Sharma, Dharmendra Kumar, Om Prakash Sharma, Yusri bin Md Yusofe, M.S. Massifulrizal bin Md Sani, Mohammad Ajilanie bin Suleiman, Hajah Nooridahwati binti Abd Rahim @ Noorhaimah, dan Muhammad Nur Syazwan bin Suhaili.

Anggota PPDB ketika menjalankan pemeriksaan semasa Operasi Pulih, semalam.
Anggota PPDB semasa mengadakan pemeriksaan dalam Operasi Pulih kelmarin.