MONROVIA, 20 JAN – Rempuhan semasa perhimpunan sembahyang penganut Kristian di bandar Liberia, Monrovia telah mengorbankan kira-kira 29 orang termasuk 11 kanak-kanak dan seorang wanita mengandung, kata para pegawai hari ini.
Insiden itu berlaku di sub bandar miskin New Kru Town malam semalam atau semasa awal pagi ini, menurut media di negara Afrika Barat itu.
Jurucakap polis, Moses Carter memberitahu AFP, jumlah kematian masih di peringkat awal dan ‘mungkin bertambah’ kerana jumlah mangsa yang dalam keadaan kritikal.
Seramai 15 orang juga telah dimasukkan ke hospital, kata Timbalan Menteri bagi Akhbar Jalawah Tonpoe, termasuk tujuh kanak-kanak. Presiden George Weah mengumumkan perkabungan tiga hari dan mengarahkan siasatan, kata pejabatnya. – AFP