Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

29 sertai Motivasi Belia Daie

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 29 orang ahli Jawatankuasa dan Alumni Akademi Dakwah Badan Sukarelawan Belia Daie di bawah naungan Urus Setia Program Keagamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah meneruskan program dakwah secara maya iaitu Motivasi Belia Daie (MBD).

Program itu merupakan program kesinambungan ceramah Bukan Sekadar Sejarah (Bahagian 1).

Pembukaan rasmi program bertajuk Suara Mesej Berbicara telah disampaikan oleh Awang Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi kata alu-aluan, nasihat tentang kepentingan sejarah sebagai cerminan jati diri seorang Muslim yang sejati dan galakkan tentang kepentingan menjaga amalan solat sunat Duha agar menjadi daie yang tidak lalai daripada mengingati Allah SWT.

Kesemua aktiviti seterusnya berlangsung menggunakan aplikasi Zoom yang didahului dengan aktiviti Senam Kardio sebagai salah satu kesedaran betapa penjagaan kesihatan tubuh badan dan mental adalah amat penting bagi memenuhi hak-hak jasmani selain spiritual dalam medan dakwah.

Selepas itu, para peserta mengulang kaji semula segala pengisian ceramah Bukan Sekadar Sejarah (Bahagian 1) agar para peserta dapat mengingati kembali peristiwa pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga mampu melahirkan generasi umat berkualiti tinggi.

Antara yang mengikuti program dakwah secara maya tersebut.

Acara kemuncak adalah sambungan sesi ceramah dengan tajuk Bukan Sekadar Sejarah (Bahagian 2) yang disampaikan oleh Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

Ceramah diserikan lagi dengan aktiviti selingan melalui video singkat bertajuk 1001 Inventions and The Library of Secrets, mengimbau kembali kisah tokoh-tokoh besar Islam yang mencipta sejarah teknologi pada zaman kegemilangan Islam satu ketika dahulu, dan permainan Energizer: Facial Exercise berperanan untuk memberi pendidikan senam-muka dan fokus bagi meningkatan semula konsentrasi peserta.

Sesi ceramah diakhiri dengan aktiviti bengkel Mantap YOU! yang mengandungi sesi kongsi sama tentang pengajaran yang dapat diambil daripada ceramah Bukan Sekadar Sejarah (Bahagian 2) dan soalan kreativiti minda.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -