Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    29 tonjol bakat laungkan azan Subuh

    Oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-39, Masjid Kampung Bengkurong telah mengadakan Pertandingan Azan Subuh yang berlangsung di masjid tersebut, hari ini.

    Seramai 29 orang menyertai pertandingan tersebut yang dibahagikan kepada dua kate-gori dengan 11 peserta mengikuti Kategori Dewasa Lelaki dan 18 lagi dalam Kategori Belia
    Lelaki.

    Awang Amin bin Japali telah menjuarai kategori dewasa, diikuti oleh Haji Jasni bin Haji Abdullah di tempat kedua dan Haji Mohsin bin DP Haji Mohd Yassin di tempat ketiga.

    Manakala itu, bagi kategori belia, tempat pertama dimenangi oleh Awangku Muhd Khairul Hakimin bin Pengiran Abdul Manan, diikuti oleh Awang Mohammad Aiman bin Amat dan Awang Muhammad Danish bin Suhairy masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Majlis seumpamanya antara lain bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta untuk berani tampil di khalayak ramai, di samping dapat mengetahui cara mengalunkan azan dengan baik terutama sekali dalam sebutan-sebutan dan lafaz kalimah azan tersebut.

    Haji Shamshol menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori dewasa, Awang Amin.
    Haji Shamshol menyampaikan hadiah kepada Awangku Muhd Khairul Hakimin selaku pemenang kategori belia.
    ATAS & BAWAH: Antara peserta yang menyertai pertandingan sempena Hari Kebangsaan ke-39 di Masjid Kampung Bengkurong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...