Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    291 penerbangan tambahan untuk Tahun Baharu Cina

    SEPANG, 6 JAN – Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ke pelbagai destinasi di dalam negara sempena Tahun Baharu Cina dalam usaha menangani kenaikan harga tiket penerbangan domestik ketika musim perayaan.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata penerbangan tambahan yang diluluskan bagi tempoh 18 Januari hingga 31 Januari itu melibatkan syarikat penerbangan antaranya Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.

    “Ini (penerbangan tambahan) merupakan satu pendekatan berkesan menangani masalah kenaikan harga tiket penerbangan khususnya semasa musim perayaan yang menjadi isu sejak sekian lama dan pendekatan sama akan diguna pakai pada musim perayaan lain termasuk Hari Raya,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun, di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.

    Loke berkata Batik Air hari ini melancarkan 35 penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak pada harga tetap iaitu RM299 ke Kuching dan RM399 ke Kota Kinabalu dalam usaha memastikan keseimbangan bekalan dengan permintaan untuk tiket sekali gus mengurangkan penetapan harga yang tinggi. – Bernama

    Anthony Loke Siew Fook (belakang, empat kanan) melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...