Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    296 kes baharu dilaporkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Sebanyak 296 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 295 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan satu kes hasil daripada 162 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan yang di-laporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 148,970 kes, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Beliau seterusnya mengongsikan bahawa tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala satu kes dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Menurut Yang Berhormat Dato lagi, sebanyak 210 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 147,064 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,683 kes iaitu lima kes sedang dirawat di hospital manakala 1,678 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Oleh sebab semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam, Yang Berhormat Dato berkata bahawa statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan pada sidang media semalam iaitu 81 peratus kanak-kanak di dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi COVID-19 dan 48.8 peratus pula telah mendapatkan dos kedua.

    “Sementara itu, 70.6 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah menerima tiga dos vaksin,” tambahnya.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk memanjatkan doa agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat serta penduduknya sentiasa diberikan kesihatan, keselamatan dan petunjuk oleh Allah SWT dalam menjalani endemik ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...