296 sampel diuji bagi SARS-CoV-2

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 296 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 39,035 ujian.

Selain itu, sejumlah 473 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 3,549 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Pengemaskinian statistik tersebut telah dikongsikan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Sementara itu, setakat jam 12 tengah hari ini, tiada kes jangkitan baharu COVID-19 telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.