Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    299 rekrut pengambilan ke-170 diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 5 MEI – Seramai 299 anggota rekrut lelaki bagi pengambilan ke-170 telah menamatkan latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan diraikan pada upacara perbarisan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison, hari ini.

    Pengambilan lelaki ke-170 berkenaan merupakan pengambilan pertama yang menjalani latihan selama 14 minggu yang mana secara lazimnya berjalan selama 24 minggu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif.

    Turut hadir ialah timbalan dan pemangku timbalan pemerintah angkatan tentera, pemangku timbalan pemerintah angkatan bersama, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB berserta keluarga rekrut yang diraikan.

    Semasa upacara tersebut, tetamu kehormat memeriksa perbarisan, menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah kepada rekrut-rekrut dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori-kategori tertentu di sepanjang latihan dijalankan.

    Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-170 ialah 55024 Rekrut Muhammad Yazid bin Haji Yakub bagi Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan; 55007 Rekrut (U) Awangku Muhammad Ali Munawwar bin Pengiran Abdul Rahman bagi Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik; 54913 Rekrut Mohammad Aiman Azizi bin Awang Kamal bagi Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan dan 54793 Rekrut Muhammad Qasyiful Azhim Al-Zhahirin bin Haji Hasan bagi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik.

    Manakala itu, 50075 Korporal Pengiran Assrol @ Pengiran Yussof bin Pengiran Matassan menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik dan 19903 Sarjan Mohammad Hafizzul Amirin bin Mohd Sharazmi sebagai Platun Sarjan Terbaik.

    Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal semasa menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima.
    Sebahagian anggota rekrut lelaki bagi pengambilan ke-170 yang telah berjaya menamatkan tiga bulan latihan asas ketenteraan.

    Antara keluarga anggota rekrut yang hadir pada majlis tersebut.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -