Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    ‘2kg plastik cukup hasil satu bata’

    KEMBOJA – Banyak sisa plastik dibuang atau dibakar se-ring menghasilkan asap toksik yang menyebabkan masalah kesihatan.

    Operasi kitar semula plastik baharu sedang dijalankan, mengumpul antara lima hingga 10 tan sebulan sisa plastik daripada pihak-pihak NGO dan syarikat swasta untuk mengeluarkan bata eko untuk sektor pembinaan. Perusahaan itu setakat ini telah mendapat empat anugerah untuk Usahawan Cemerlang Tahunan.

    Sok Thy, pengasas Eco-Bricks, yang terletak di kampung Prek Ho Lech, Komune Prek Ho, bandar Takhmao, wilayah Kandal, memberitahu The Post bahawa sebelum dia membuka perusahaan kitar semula plastiknya, dia mempelajari teknik yang digunakan di seluruh wilayah itu, termasuk di Thailand, Malaysia, Filipina, China dan India. Dia menambah dia juga belajar secara dalam talian.

    Dia merasakan dengan mempunyai pengetahuan tersebut, dia memulakan operasi kecil-kecilan pada 2019 tetapi akibat kekurangan modal dan bahan mentah dia tidak beroperasi sehingga 2020.

    Dia menyifatkan pada tahun pertama pengeluarannya, dia tidak mempunyai mesin penghancur plastik, jadi dia telah menggunakan gunting dan pisau untuk memotong plastik menjadi kepingan yang cukup kecil untuk proses itu.

    Pengarah syarikat Eco-Bricks Sok Thy menunjukkan sijil yang diterimanya untuk produknya. – ANN/The Phnom Penh Post

    Dia membeli enjin dan bahagian mesin untuk memasang mesin pengisar automatiknya sendiri, tetapi ia mengambil masa dua tahun untuk bereksperimen sebelum berjaya.

    Namun, berkat kerja keras dan semangatnya terhadap kerja yang dilakukan, dia dapat bersaing dengan perusahaan kitar semula plastik lain dan memenangi tempat pertama dalam Anugerah Perusahaan Terbaik beberapa kali.

    Pertandingan pertama disertai 44 perusahaan, yang kesemuanya adalah pembuatan bata plastik kitar semula. Pertandingan kedua diadakan di Institut Teknologi Kemboja. Bata eko Thy mendapat kedudukan pertama dalam kedua-dua pertandingan. Pertandingan akhir dikenali sebagai Brick Business Award, dan pasukannya juga mendominasi pertandingan itu.

    “Dengan pembiayaan yang kami terima daripada kemenangan itu, kami dapat mengembangkan operasi. Hari ini, perniagaan saya telah menerima sijil harta intelek dari Kementerian Perdagangan dan sijil persahabatan alam sekitar daripada Menteri Alam Sekitar. Produk kami diiktiraf oleh Majlis Menteri,” katanya.

    Menurut Thy, perniagaannya menggunakan lima hingga 10 tan sisa plastik sebulan, yang dicampur dengan bahan mentah untuk menghasilkan batu bata. Jumlah sisa plastik ini membantu alam sekitar dan juga masyarakat, kerana sisa plastik kini dikumpulkan di tapaknya.

    Apabila orang ramai mengetahui tentang pengeluaran batu batanya, mereka mengubah pemikiran mereka dan tidak lagi membuang plastik atau membakarnya, tetapi memberikannya kepada Thy dan pasukannya.

    Setiap dua kilogram plastik cukup untuk menghasilkan satu bata.

    “Kami membantu alam sekitar dengan tidak mencemarkan sisa itu, dan membantu menjaga kebersihan kerajaan. Kami tidak menghasilkan batu bata kami dengan menggunakan kayu untuk membakarnya, rantaian pengeluaran kami mengikut teknik pengeringan dan penyiraman sahaja. Ini juga membantu mengelakkan penebangan hutan. Batu bata kami mempunyai jangka hayat lebih 50 tahun dan lima hingga enam kali lebih kuat daripada bata tanah liat merah standard. Kami membantu membersihkan alam sekitar, dan kami membantu sektor pembinaan,” tambahnya.

    Thy berkata dia kini telah menjual model perniagaannya kepada 10 francais. Beliau telah mengajar mereka cara memasang jentera yang mereka perlukan supaya mereka boleh menghasilkan bata eko dengan kualiti yang sama seperti yang dihasilkan oleh syarikat induk.

    Katanya, dia menghasilkan lima jenis bata eko, dengan ukuran terbesar 25sm kali 12.5sm kali 10sm. Bata itu telah digunakan untuk membina semua jenis struktur yang berbeza di seluruh kerajaan. – ANN/The Phnom Penh Post

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...