Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3.5 bilion dos vaksin untuk negara miskin

    ROM, 21 MEI – Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson (J&J) memberitahu sidang kemuncak kesihatan hari ini bahawa mereka akan membekal kira-kira 3.5 bilion dos vaksin COVID-19 pada kos atau diskaun kepada negara miskin pada tahun ini dan depan.

    Syarikat gergasi AS Pfizer akan menghantar dua bilion dos ‘dalam tempoh 18 bulan akan datang,’ termasuk satu bilion pada 2021, kata pengerusi dan ketua eksekutif Albert Bourla.

    Ketua eksekutif Moderna, Stephane Bancel mengumumkan ‘sehingga 95 juta dos’ untuk 2021 dan ‘900 juta’ untuk 2022, termasuk menerusi program perkongsian vaksin Covax.

    Paul Stoffels, naib pengerusi dan ketua pegawai saintifik J&J berkata syarikat mempunyai kontrak dengan Covax untuk membekal 200 juta dos pada 2021, dan sedang membincang ‘potensi bekalan 300 juta tambahan untuk jumlah keseluruhan sehingga 500 juta dos.’

    Sebelumnya, Kesatuan Eropah (EU) berjanji akan menyumbang 100 juta dos kepada negara miskin, melancarkan sidang kemuncak global mengenai cara-cara pulih daripada pandemik, serta mengelak wabak baharu.

    Ketua suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen membuat pengumuman itu bersama Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, negara pengerusi G20 yang telah menganjurkan mesyuarat itu.

    Pemimpin dunia menggunakan sidang tersebut untuk menekankan kepentingan menambah usaha vaksinasi di seluruh dunia dan menetapkan apa yang perlu dilakukan oleh mereka untuk mengelak krisis yang sama. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan memegang picagari dengan bebuli vaksin J&J di sebuah pusat vaksinasi di Pusat Wizink, Madrid kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda