Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    3 ahli baharu JKTT PGGMB ambil alih tugas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei
    (PGGMB) telah mengadakan majlis penyerahan tugas kepada tiga orang ahli Jawatankuasa Tertinggi (JKTT) PGGMB yang baru dilantik, di Bangunan PGGMB pada 10 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PGGMB, di sini, penyerahan tugas berkenaan setelah mereka memenangi pemilihan JKTT PGGMB bagi tempoh 2022 hingga 2025 di mana undian pemilihan telah diadakan pada 15 Mei lalu.

    Pada majlis itu, mantan Yang Dipertua PGGMB, Haji Awang Yussof bin Haji Awang Mohamad menyerahkan dokumen tugas kepada yang dipertua PGGMB yang baru dilantik, Haji Awang Alim bin Haji Awang Othman.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas daripada mantan Setiausaha Agung, Haji Awang Alim kepada Haji Mustapa bin Haji Masri serta penyerahan tugas mantan Setiausaha Kewangan, Dr Haji Mahali bin Haji Momin kepada Haji Juned bin Haji Ramli.

    Kenyataan menerangkan bahawa PGGMB mengadakan pemilihan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi setiap tiga tahun dan setiap ahli memegang jawatan JKTT untuk dua musim sahaja selama enam tahun berturut-turut.

    PGGMB didaftarkan dalam 1939 dan sekarang sudah mencapai usia 83 tahun penubuhannya.

    Haji Yussof (kanan) menyerahkan dokumen tugas kepada Haji Alim (kiri) pada majlis yang diadakan di Bangunan PGGMB pada 10 Jun lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...