Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 bebas tuduhan miliki bahan letupan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Mahkamah Majistret baru-baru ini memutuskan untuk membebaskan tiga lelaki daripada tuduhan memiliki bahan letupan untuk menangkap ikan.

    Keputusan membebaskan Jusni bin Haji Ahad, Mohd Rauf bin Jusni dan Mohd Rafaie bin Jusni dibuat Majistret Kanan Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli selepas mendengar seorang pakar yang memberi keterangan bahawa ammonium nitrat yang ditemui dalam bot tertuduh hanya berperanan sebagai penyala tetapi bukan bahan letupan. Bahan ammonium nitrat seberat 3.7 gram itu juga adalah jumlah kecil untuk bertindak sebagai penyala bahan letupan.Ketiga-tiga tertuduh diberkas polis marin di perairan Brunei pada 1 September 2012.

    Dalam memutuskan hukuman, mahkamah bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan niat tertuduh menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan turut gagal membuktikan bahan yang ditemui itu adalah bahan letupan. Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris manakala tertuduh diwakili Peguambela Ahmad Zakaria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda