SYDNEY, 18 SEPT – Tiga orang telah cedera dalam satu insiden tikaman di sebuah kampus universiti di Australia hari ini, kata polis.
Dua wanita berusia 20 tahun berada di hospital – seorang dalam keadaan kritikal dan seorang lagi stabil, selepas serangan itu, yang berlaku sekitar 2:45 petang (0445 GMT) di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) di Canberra.
Kedua-dua wanita tersebut merupakan pelajar di universiti itu.
Polis Wilayah Ibu Kota Australia berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun turut diserang dan mengalami kecederaan ringan tetapi tidak perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan tetapi masih belum didakwa.
Polis menolak kemungkinan lelaki tersebut merupakan pelajar di universiti itu dan mengatakan bahawa ‘tiada motif khusus bagi insiden itu telah dikenal pasti’. – AFP
