Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    3 ditahan sebab hina, buat tabik Nazi

    SAO PAULO, 30 JUN – Tiga orang penyokong kelab gergasi Argentina, Boca Juniors telah ditahan di Brazil, selepas dakwaan mereka bersikap perkauman dan melakukan tabik Nazi semasa perlawanan pasukan mereka menentang Corinthians, menurut pihak berkuasa tempatan, kelmarin.

    Dua daripada penyokong yang ditahan adalah kerana membuat penghinaan berunsur perkauman yang ditujukan kepada penyokong Corinthian semasa perlawanan kelompok 16 terakhir di Copa Libertadores, Selasa lalu.

    Penyokong ketiga pula ditahan kerana bersikap perkauman dan didakwa melakukan tabik Nazi.

    Menteri Keselamatan Sao Paulo dalam kenyataannya berkata bahawa ketiga-tiga penyokong itu telah ditahan di Arena Neo Quimica.

    Dua pesalah yang ditahan itu akan dikenakan hukuman penjara selama setahun hingga tiga tahun jika didapati bersalah. Ikat jamin yang ditetapkan kepada mereka berjumlah AS$3,850, menurut inspektor yang mengendalikan kes tersebut memberitahu kepada CNN Brasil. Manakala itu, pesalah ketiga tidak diberikan ikat jamin, akan berdepan dengan hukuman penjara selama tiga hingga enam bulan jika didapati bersalah.

    Pada dua bulan yang lalu, seorang lagi penyokong Boca ditahan di stadium yang sama akibat melakukan penghinaan ketika dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan dalam kejohanan Libertadores.

    Pada minggu lalu, Boca didenda dengan jumlah AS$100,000 oleh badan jawatankuasa bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL kerana melakukan penghinaan berunsur perkauman oleh penyokong mereka di Stadium Bombonera, Buenos Aires pada bulan lalu dalam perlawanan menentang Corinthians. – AFP

    Penyokong Corinthians bersorak untuk pasukan mereka dalam kejohanan Copa Libertadores semasa menentang Boca Juniors, di Arena Corinthians, Sao Paulo, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...