Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 individu didenda atas kesalahan kastam

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Dua lelaki dan seorang wanita dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan kastam.

    Zurinawati binti Nudin, 38, dikenakan denda $19,865 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 66 karton dan 42 paket rokok dan empat paket sayap ayam tanpa permit.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika pemeriksaan dijalankan terhadap keretanya dalam dua kejadian berasingan pada 24 Mac 2015 di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah dan di Pos Kawalan Polis Kampung Bebuloh pada 29 Ogos 2016.

    Jika gagal membayar denda, Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara selama 21 bulan dan tujuh hari.

    Dalam bilik mahkamah sama, Ali Akbar, 37, dari Bangladesh pula dijatuhi denda $1,400 selepas mengaku bersalah memiliki empat karton dan enam paket rokok di kediaman pekerja di kawasan tapak binaan Bangunan Mahkamah Tutong, pada 17 Ogos 2014.

    Jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan selama dua bulan.

    Sementara itu, Nun Izal Abdul Gani, 34, dijatuhi denda $2,100 kerana memiliki lapan karton rokok ketika pemeriksaan dijalankan ke atas keretanya di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 13 April 2014.

    Gagal membayar denda, akan menyebabkannya meringkuk di penjara selama tiga bulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda