3 kanak-kanak, guru maut ditikam remaja

SAO PAULO, 5 MEI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila seorang remaja menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Saudades di negeri Santa Catarina, Brazil kelmarin, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha pendidikan Saudades Gisela Herman berkata tiga kanak-kanak tersbut dan seorang guru maut ditikam dengan pisau oleh remaja berusia 14 tahun dan suspek sudah ditahan oleh polis.

Pesuruhjaya Daerah Ricardo Casagrande mengesahkan kejadian itu. Serangan berlaku di pusat jagaan kanak-kanak Aquarela di Saudades, sebuah bandar kecil didiami kira-kira 10,000 penduduk. – Bernama