Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    3 kanak-kanak maut kebakaran rumah di Filipina

    MANILA, 29 MEI – Tiga kanak-kanak terbunuh apabila kebakaran merebak di rumah bertingkat di ibu negara Manila sebelum subuh hari ini.

    Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan kebakaran tercetus pada jam 4:19 pagi waktu tempatan di tingkat tiga sebuah rumah di Bandar Quezon, meragut tiga nyawa kanak-kanak berusia sembilan, lapan dan empat tahun di tempat kejadian.

    Bapa kanak-kanak tersebut memberitahu wartawan tempatan, isterinya terbangun kerana tercium bau asap dari sebuah bilik di tingkat tiga yang segera merebak ke ruang tamu.

    Sambil menjerit meminta bantuan, dia dan isterinya hanya sempat membawa anak damit berusia empat bulan dan merangkak ke tingkat dua bersama anak sulung mereka. Mereka dilaporkan membaling anak damit melalui tingkat yang kemudiannya disambut oleh jiran dengan selamat.

    Pasangan itu dan anak sulung mereka melompat keluar dari tingkap tingkat dua untuk menyelamatkan diri.

    Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran 30 minit kemudian. BFP masih menyiasat punca kebakaran. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...