MILAN, 22 Ogos – Anggota bomba di pulau peranginan Itali, Ischia pertama membebaskan seorang anak damit berusia 7 bulan, kemudian dua abangnya daripada runtuhan hari ini, bekerja sehingga malam dan sering kali menggali menggunakan tangan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu selepas gempa bumi 4.0 magnitud meruntuhkan kediaman dan bangunan lain di pulau itu.
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam gempa bumi yang melanda sebelum jam 9 malam waktu tempatan, manakala 39 yang lain cedera dan sekitar 2,600 lagi kehilangan rumah. Mangsa maut adalah wanita tua yang berada dalam gereja yang runtuh dalam gempa dan seorang lagi dalam serpihan namun belum lagi dikeluarkan.
Sorakan bergema setiap kali penyelamatan dilakukan, dengan anggota bomba mengesahkannya dengan tweets yang ditandakan dengan tanda seru. Anak damit pertama ialah Pasquale, yang ditunjukkan dalam video memakai jumpsut warna putih dan tampak sedar ketika dia diberikan kepada pasukan keselamatan sekitar jam 4 pagi.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata