Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

3 keluarga terima bantuan Yayasan

-

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Selaras dengan dasar penubuhannya untuk membantu mereka yang memerlukan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menghulurkan sumbangan kepada dua buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah dan sumbangan peralatan dan keperluan sekolah kepada sebuah keluarga yang kurang berkemampuan secara berasingan, hari ini.

Kedua-dua sumbangan telah disampaikan oleh ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Sumbangan kepada mangsa kebakaran, baru-baru ini, telah diterima oleh ketua-ketua keluarga berkenaan iaitu Haji Ludong bin Buntar di Kampung Rimba dan Awang Muhammad Mahali bin Abdullah Bundan di RPN Kampung Mengkubau.

Turut hadir semasa penyampaian sumbangan berkenaan ialah Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.

Awang Mohammed Riza ketika menyampaikan sumbangan peralatan dan keperluan sekolah kepada Dayang Pity Zuraidah.
Awang Mohammed Riza ketika menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga mangsa kebakaran rumah.

Sementara itu, sumbangan peralatan dan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018 telah diberikan kepada Dayang Pity Zuraidah binti Mohamad di Kampung Bengkurong.

Dayang Pity Zuraidah yang mempunyai empat orang anak dengan tiga daripadanya masih bersekolah, tidak bekerja dan suaminya sedang terlantar sakit di hospital.

Sumbangan berkenaan dihasratkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga berkenaan dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka khususnya bagi persediaan penggal awal persekolahan tahun 2018.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -