3 kes baharu COVID-19 direkodkan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Tiga kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan di negara ini hari ini, dengan dua adalah kes import manakala satu kes tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,447 orang.

Menurut infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, ia adalah hasil daripada 865 jumlah ujian makmal dijalankan dalam tempoh 24 jam lalu, oleh itu kadar kes positif ialah 0.3 peratus.

Hanya satu kes kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi manakala tiada kes dalam kategori 4 bagi kes-kes yang kini dalam rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Manakala 24 orang sembuh, membawa jumlah keseluruhan kepada 15,255 orang manakala kes aktif pula 92 kes.

Kadar penggunaan katil di seluruh negara ialah 2.3 peratus, manakala setakat 25 Disember, kadar keseluruhan penduduk yang menerima satu vaksin ialah 94.4 peratus manakala dos lengkap 92.9 peratus. Bagi dos penggalak pula 14.5 peratus telah menerimanya.

Hanya satu kes kategori 5 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi di Pusat Pengasingan Kebangsaan. – Gambar oleh Muiz Matdani