3 kes masih aktif, 447 jalani pengasingan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di negara ini setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 145 orang dengan tiga kes masih aktif.

Pengemaskinian status tersebut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

Kementerian turut mengongsikan bahawa seramai 447 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 5,272 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 171 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 53,528 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.