Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    3 ketua kampung dilantik

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 8 FEB – Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Rataie, Mukim Bokok, Ketua Kampung Puni dan Batang Tuau, Mukim Bangar serta Ketua Kampung Sibut dan Sumbiling, Mukim Amo telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong, hari ini. 

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Turut hadir ialah Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, pegawai-pegawai kanan KHEDN, pemangku penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangku ketua-ketua kampung dan ahli-ahli jawatankuasa majlis perundingan kampung (MPK) Rataie, Puni, Batang Tuau, Sibut dan Sumbiling. 

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa, yang disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Awang Abdul Walid.

    Acara diteruskan dengan penyampaian sijil, bacaan dan penandatanganan ikrar, yang diikuti dengan ucapan daripada Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Rataie, Awang Khairul Anwar bin Haji Juma’at, Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Puni dan Batang Tuau, Awang Ashawary bin Haji Abdul Rahman dan Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Sibut dan Sumbiling, Haji Suhaili bin Haji Badas.

    Acara disudahi dengan perasmian papan tanda ketua kampung di kediaman masing-masing. 

    Awang Khairul Anwar dan Awang Ashawary merupakan calon tunggal yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan ketua kampung masing-masing.

    Manakala, Haji Suhaili merupakan antara dua orang calon yang layak mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

    Calon yang turut bertanding ialah Awang Muhammad Ashim Amrullah bin Abdullah Menchok@Degeles Menchok.

    Ketua-ketua kampung membaca ikrar semasa Majlis Penyampaian Sijil, kelmarin.
    Perasmian papan tanda ketua kampung di kediaman masing-masing.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...