3 lagi pemain disahkan positif COVID-19

PARIS, 4 SEPT – Paris Saint-Germain hari ini mengumumkan ‘tiga kes baharu positif’ COVID-19 dalam skuad mereka sehari selepas Neymar dan dua rakan sepasukan dijangkiti virus berkenaan sekali gus mencetus kebimbangan mengenai permulaan musim mereka di Perancis.

“Ujian terkini Sars CoV2 terhadap staf pasukan Paris Saint-Germain mengesahkan terdapat tiga kes baharu positif,” menurut juara Perancis itu di laman Twitter rasmi kelab itu.

Keputusan itu menjadikan keseluruhan membabitkan enam kes dalam skuad itu. Neymar, Angel Di Maria dan Leandro Paredes adalah yang terawal didapati positif. Mereka dilaporkan bercuti di pulau pelancongan dekat Sepanyol, Ibiza.

Sports daily L’Equipe melaporkan pertahanan Brazil, Marquinhos, Mauro Icardi (penyerang Argentina) dan Keylor Navas (penjaga gol) – juga berkunjung ke Ibiza – adalah antara mereka yang terbabit kes baharu positif itu.

PSG dijadualkan beraksi dalam perlawanan pertama musim baharu Ligue 1 dengan berkunjung ke Lens pada 10 September ini namun terdapat keraguan sama ada aksi berkenaan dapat diteruskan. – AFP