BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan tiga lelaki tempatan yang dikehendaki untuk membantu siasatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong Daerah Polis Tutong untuk membantu aduan bagi Mohd Noh bin Mohd Edham, 33, yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 00-298277 dengan alamat terakhir No.4, Spg 1185-73-99, RPN Kg. Bukit Beruang, Tutong; Mohammad Nurul Ariffin bin Abd Manan, 23, (01-067063, K), alamat terakhir di No.18, Kg. Bukit Sibut, Tanjong Maya, Tutong; Awangku Abdul Fadzri bin Pengiran Karim, 33, (00-300684, K), alamat ter-akhir di No.51 ‘D’, Spg 1185-73-193, RPN Kg. Bukit Beruang, Tutong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Tutong Daerah Polis Tutong melalui talian telefon 4221206, talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
