Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    3 maut, 4 cedera dalam letupan bom terbaharu di Sadao

    SONGKHLA, 6 DIS – Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla.

    Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mejar Jeneral Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

    Beliau berkata insiden berlaku kira-kira 6:30 pagi dan ketika itu tujuh pekerja SRT berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom itu. 

    Beliau berkata satu letupan berlaku kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pertama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...