MANILA, 25 OGOS – Kerajaan Filipina hari ini berkata taufan tropika Ma-on yang membadai pulau utama Luzon minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat lagi cedera di negara itu.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan itu berlaku di dua wilayah utara Filipina dan wilayah Bicol di hujung selatan Luzon ketika Ma-on mendarat pada pagi Selasa, lapor Xinhua.
Ia berkata Ma-on menjejaskan hampir 50,000 orang di hampir 400 kampung.
Ma-on turut membawa hujan lebat menyebabkan jalan raya banjir, selain ia merosakkan rumah dan memutuskan komunikasi dan talian elektrik di laluannya. – Bernama