3 maut banjir di Indonesia

JAKARTA, 10 Feb – Tiga orang terbunuh dan tiga lagi cedera ketika banjir kilat melanda wilayah Jawa Barat di barat Indonesia lewat kelmarin, kata pejabat agensi bencana itu.

Hujan lebat mengakibatkan empangan pecah dan airnya membanjiri di kampung Jati Endah di daerah Bandung pada pukul 10 malam waktu setempatan dan telah memusnahkan 12 rumah, jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho berkata.

Agensi pengelolaan bencana akan melakukan penilaian risiko selanjutnya dengan menga-bungkan kesemua kerosakan yang berlaku di semua kawasan yang terjejas, katanya kepada Xinhua dalam pesanan teks.

Agensi meteorologi dan geofizik wilayah sebelum ini mengeluarkan amaran terhadap keadaan cuaca yang tidak baik, dengan mengatakan turunan hujan akan disertai dengan dentuman guruh, jelasnya.

Indonesia sering ditimpa banjir kilat dan tanah runtuh ketika hujan lebat. – Xinhua