Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    3 maut dalam kebakaran hospital

    KAHERAH, 2 FEB – Sekurang-kurangnya tiga maut dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di utara Kaherah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir.

    Kebakaran itu berlaku di jabatan radiologi hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke lokasi kejadian, lapor Xinhua, memetik jurucakap kementerian Hossam Abdel-Ghaffar.

    Beliau berkata ramai mangsa cedera akibat melecur, patah tulang atau sesak nafas dan kebanyakan mereka dihantar ke hospital berdekatan.

    Kebakaran berjaya dikawal dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

    Anggota keselamatan Mesir mengawal di luar hospital al-Noor al-Mohammadi selepas kebakaran meletus di Kaherah pada 1 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...