3 maut ditembak

HOUSTON, 19 NOV – Tiga orang maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah pasar raya Walmart di Duncan dalam negeri Oklahoma, Amerika Syarikat pada pagi kelmarin, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Laporan itu, yang memetik kenyataan Peronda Lebuh raya Oklahoma, menyebut bahawa Jabatan Polis Duncan telah mengesahkan bahawa tiga orang maut dalam insiden itu, termasuk suspek. Namun suspek belum dikenal pasti, laporan akhbar The Duncan Banner.– Bernama