TOKYO, 26 MEI – Tiga kru kapal penangkapan ikan Jepun terkorban hari ini selepas kapal mereka bertembung dengan kapal kargo Rusia di Laut Okhotsk, di utara pulau Hokkaido Jepun, kata para pegawai.
Kapal itu terbalik selepas perlanggaran itu terjadi.
Sementara itu, kapal kargo Rusia telah menyelamatkan semua lima kru, tetapi tiga disahkan meninggal dunia selepas tiba di pelabuhan Mombetsu, kata jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato.
Penyiar Jepun NHK mengenal pasti kapal Jepun itu sebagai Daihachi Hokko Maru seberat 9.7 tan, yang berpusat di Mombetsu. – AP