3 maut lif terhempas

SEOUL, 14 OGOS – Tiga pekerja terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden lif terhempas di sebuah tapak pembinaan di timur bandar Sokcho hari ini, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan jabatan bomba.

Sebuah lif yang membawa empat pekerja terjatuh dari tingkat 15 di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri di bandar itu, kira-kira 210 kilometer di timur Seoul, pada pukul 8:28 pagi.

Tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah. Dua pekerja asing yang berada di bawah turut cedera. Mereka kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran untuk rawatan. – Bernama