Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    3 maut, lima cedera kejadian tembakan di perhimpunan motosikal

    LOS ANGELES, 28 MEI – Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di perhimpunan motosikal di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menurut laporan media.

    Kejadian tembakan berlaku kira-kira pukul 5 petang (2300 GMT) ketika 20,000 penunggang motosikal menyertai perhimpunan motosikal Hari Peringatan tahunan di Red River, sebuah bandar kecil berhampiran destinasi bermain ski, Taos.

    Dalam video temu ramah bersama penyiar berita tempatan, Questa Del Rio News, datuk bandar, Linda Calhoun mengesahkan kematian dan kecederaan, dan berkata jumlah suspek yang ditahan tidak dinyatakan.

    “Tiada pihak berkuasa undang-undang, responden pertama dan orang awam yang mengalami kecederaan. Ia adalah insiden berkaitan dengan kumpulan geng,” katanya, dan enggan mengulas kumpulan mana yang dipercayai terlibat.

    “Kesemua penyerang berjaya diberkas,” tambahnya.

    Bercakap kepada wartawan, seorang saksi menceritakan keadaan huru-hara berlaku semasa perhimpunan besar.

    “Ramai yang berlari ke arah tempat kami berdiri dan menjerit, ‘Ada kejadian tembakan di sana’,” kata Eddie Cook. “Ketika semua orang berlari, saya terdengar bunyi tembakan.”

    Kejadian itu telah membuatkan datuk bandar Taos untuk mengenakan perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 4 pagi, dan melarang penjualan alkohol, menurut Taos News.
    – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...