CHARLOTTESVIELL, Amerika Syarikat, 13 Ogos – Rapat umum nasionalis berkulit putih bertukar ganas dan membawa maut semalam ketika sebuah kereta merempuh khalayak ramai manakala pembantah dan penentang mereka bertempur, menyebabkan Presiden Donald Trump mengutuk ‘kebencian, ketaksuban dan keganasan setiap pihak.’
Namun ketika angka kematian dikaitkan dengan rapat umum itu meningkat kepada tiga—seorang akibat rempuhan kereta dan dua lagi dalam nahas helikopter di luar Charlottesville—presiden yang tampaknya enggan mengecam kumpulan pembenci sayap kanan mencetuskan kritikan tajam, malah daripada anggota partinya sendiri, Republikan.
Gabenor Virginia Terry McAuliffe sudah pun mengisytiharkan darurat apabila sebuah sedan hitam merempuh khalayak ramai yang menurut saksi, satu tentangan terhadap pembantah di bandar cantik universiti Charlottesville. Seorang wanita berusia 32 tahun terbunuh dan 19 lagi cedera dalam rempuhan itu, menurut polis, dengan kecederaan kecil sehinggalah mengancam nyawa.
Seramai 16 lagi dirawat bagi kecederaan lain dikaitkan dengan rapat umum itu, termasuk daripada ‘pembabitan individu,’ ketua polis Charlottesville, Al Thomas mengatakan.

Punca nahas helikopter yang berlaku di kawasan hutan berhampiran, masih disiasat, kata Polis Negeri Virginia.
Pihak berkuasa tidak mengatakan bagaimana nahas dikaitkan dengan keganasan di Charlottesville berpunca daripada rancangan bandar itu untuk memindahkan arca pejuang Confederate Jeneral Robert E. Lee, meskipun tampaknya anggota polis negeri berada di dalamnya, memandangkan Trump dalam tweetnya menulis ‘takziah buat keluarga dan rakan pegawai Polis Negeri Virginia yang mati hari ini.’
Beliau kemudiannya menambah; ‘takziah kepada keluarga gadis yang terbunuh hari ini dan semoga baik-baik sahaja mereka yang cedera di Charlottesville, Virginia. Sangat menyedihkan!’. – AFP