3 maut runtuhan lombong emas di Indonesia

JAKARTA, 20 NOV – Sebuah lombong emas yang beroperasi tanpa kebenaran runtuh di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia kelmarin petang, membunuh tiga pelombong dengan tujuh yang lain dikhuatiri maut, kata seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan hari ini.

Tragedi tersebut berlaku ketika 10 pelombong bekerja di lokasi bawah tanah dengan kedalaman sehingga 60 meter di Sungai Seribu di daerah Kotawaringin Barat, menurut Martogi Siahaan, ketua jabatan logistik di agensi pengurusan bencana tempatan.

“Tanah runtuh tiba-tiba berlaku di kawasan bawah tanah dengan air mula memasuki kawasan tersebut. Semua pekerja lombong berkenaan tertimbus oleh tanah runtuh,” katanya kepada Xinhua melalui telefon. – Xinhua