VIENNA, 14 OGOS – Tiga maut manakala yang lain cedera selepas sebuah van penuh sesak yang digunakan bagi menyeludup manusia terbalik ketika cuba melepaskan diri daripada kawalan polis.
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Burgenland berhampiran sempadan Austria dengan Hungary.
Van yang dipenuhi kira-kira 20 orang termasuk kanak-kanak itu terbalik hingga mengakibatkan dua lelaki dan seorang wanita maut manakala yang lain cedera parah, sementara pemandu van ditahan.
Pihak polis dan pegawai berkuasa tidak memberi sebarang ulasan. – AFP