Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    3 mualaf terima bantuan enjin penjana elektrik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 23 OGOS – Tiga orang mualaf yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan enjin penjana elektrik supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

    Majlis penyerahan bantuan anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Belait berlangsung di Rumah Panjang Punan, Kampung Sukang, Ulu Belait, Daerah Belait, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada Awang Zulkhairi bin Abdul Rahim Arin @ Hairi Anak Arin; Awang Fadhli bin Abdullah Sing @ Muneni Anak Sing dan Awang Muhammad Azry bin Abdul Rahim Paran @ Arin Anak Paran ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Bantuan seumpamanya adalah salah satu inisiatif PDI melalui sumbangan kemudahan kepada para mualaf.

    Awang Abdul Aziz menyerahkan bantuan kepada salah seorang mualaf.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...