Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 negara perangi militan bersama

    JAKARTA, Indonesia, 13 Jun – Indonesia mengatakan ia sedang berusaha untuk mengadakan rondaan bersama dengan Filipina dan Malaysia bagi mencegah militan yang mengepung Bandar di selatan Filipina, daripada memasuki sempadan perairannya.

    Ketua Tentera Indonesia, Jeneral Gatot Nurmantyo mengatakan lewat semalam bahawa dia dan Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu akan bertemu minggu dengan bersama rakan sejawat dari Malaysia dan Filipina di pulau Tarakan, Indonesia di utara Borneo, tidak jauh dari sempadan Sabah, Malaysia.

    Menurutnya, mereka akan membincangkan peningkatan keselamatan dan menandatangani satu perjanjian untuk menggiatkan rondaan bersama.

    Konflik di bandar Marawi sudah membangkitkan kebimbangan bahawa kumpulan berideologi ganas Islamic State (IS) sudah mendapat tempat di kawasan bergolak selatan Filipina, di mana pemisah Muslim berperang bagi autonomi lebih besar selama berdekad-dekad.

    Nurmantyo yang bercakap dengan wartawan dan pegawai di ibu negara, Jakarta, mengatakan Indonesia perlu berwaspada pergerakan militan bersepakat dengan IS di Filipina yang menyerang Marawi tiga minggu lalu kerana Indoensia sudah pun mempunyai sel yang kemungkinan besar sudah lama bertapak di dalam negara itu. Menurutnya, sel berkaitan IS wujud di wilayah-wilayah Indonesia kecuali Papua.

    Pihak berkuasa di Indonesia, negara paling padat penduduk Islam dunia, sudah menjalankan satu tindakan keras ke atas militan semenjak pengeboman 2002 oleh radikal berkaitan Al-Qaeda yang membunuh 202 orang di Bali.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia berhadapan satu ancaman baru kebangkitan kumpylan IS di Timur Tengah yang meniupkan semangat baru kepada rangkaian militan tempatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai risiko pejuang Indonesia kembali ke tanah air.

    Marawi terletak kira-kira 500km ke utara pulau Sangihe di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia.

    Mejar Jeneral Ganip Warsito, ketua tentera kawasan yang memantau kawasan paling hampir dengan negara jiran Filipina mengatakan tentera darat, laut dan udara Indonesia telah mengerahkan pasukan tentera tambahan bagi meningkatkan kawasan itu.

    “Setakat ini kami belum mendapati sebarang petunjuk militan menyelusup dari Filipina ke dalam sempadan kami,” kata Warsito. “Kami sudah menjalankan operasi perisikan, sempadan dan gempur untuk menghadapinya.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda