3 pelanggan bertuah menang angpau

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Dayang Rokiah binti Budin membawa pulang angpau berjumlah $800 apabila menjadi pemenang utama Promosi Cabutan Tahun Baharu Cina Proton Brunei pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di PAD Motors Sdn Bhd, hari ini.

Sementara itu, Dayang Hanihua Noramasian binti Mohd Salleh membawa pulang angpau $600 selaku pemenang kedua dan di tempat ketiga, Dayang Nurul Amal Haziqah binti Haji Mohd Zakaria memenangi angpau $400.

Selain itu, seramai 30 orang pelanggan lain turut menerima pelbagai hadiah seperti angpau, baucar tunai dan hamper.

Manakala itu, dua orang pelanggan yang tersenarai mengikuti cabutan promosi itu juga membawa pulang hadiah misteri daripada pihak penganjur.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang bertuah dan merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan para pelanggan atas pembelian kereta sepanjang tempoh promosi ialah Pengarah Urusan PAD Motors Sdn Bhd, Haji Hambali bin Pehin Dato Haji Mohd Salleh.

Promosi TBC itu telah berjalan selama semula bermula pertengahan Januari lalu bagi para pelanggan yang membuat pembelian model kereta jenama berkenaan.

Dalam pada itu, bagi menghargai kehadiran para pelanggan semasa acara berkenaan, setiap mereka diberikan hadiah cenderahati berupa sekotak limau mandarin daripada pihak syarikat.

Tiga pelanggan bertuah menerima hadiah utama Promosi Cabutan Tahun Baharu Cina Proton Brunei pada majlis yang berlangsung di PAD Motors Sdn Bhd, kelmarin.