Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    3 pelanggan IITH menang kereta

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Tiga pelanggan bertuah dalam Kempen Promosi ‘Mau Hadiah Lagi’ Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH), masing-masing memandu pulang kereta Proton X50, Hyundai i20 dan Nissan Almera dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Majlis turut menyaksikan enam orang pemenang bertuah yang lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $250.

    Manakala itu, hadiah misteri diberikan kepada Jayarajoo Santhanam yang menerima Macbook Pro sementara Dayang Ermidiyati binti Yahya memenangi hadiah baucar perabot bernilai $2,000.

    Ketika ditemui, ketiga-ketiga pemenang utama berkenaan melahirkan perasaan tidak menyangka akan memasuki ke peringkat akhir penentuan untuk membawa salah sebuah kereta yang ditawarkan dalam kempen berkenaan.

    Tiga pelanggan bertuah dalam Kempen Promosi ‘Mau Hadiah Lagi’ Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH), masing-masing memandu pulang kereta Proton X50, Hyundai i20 dan Nissan Almera dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Datin Hajah Hasnah bersama para pemenang yang memegang replika kunci kereta yang dimenangi. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Dayang Siti Ozaiamah binti Haji Abdullah melahirkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan oleh Insurans Islam Taib kepada pelanggannya dan tidak menyangka kunci yang dipilih itu adalah kunci hadiah bagi kereta Proton X50.

    Pengiran Noor Mehaly bin Pengiran Haji Kamis pula membawa pulang sebuah kereta Hyundai i20.

    Manakala itu, Dayang Rosmarlina binti Haji Marsidi yang diwakili oleh suami beliau, Pengiran Azirm Ridzuan bin Pengiran Haji Abdul Razak pula membawa pulang, sebuah kereta Nissan Almera dalam kempen berkenaan.

    Semasa ditemui, beliau berkata bahawa hadiah berkenaan akan menjadi kejutan kepada isterinya kerana sebelum ini mereka juga berhasrat untuk membeli sebuah kereta jenis salon di samping itu, beliau juga berhasrat untuk membeli insurans perlindungan rumah nanti.

    Majlis tersebut diteruskan dengan pelancaran Promosi Kempen Hadiah Wang Tunai sehingga $250,000 di mana pelanggan yang berbelanja pada jumlah minimum bagi produk Insurans Islam TAIB Takaful akan berpeluang memenangi hadiah $10,000 dan beberapa hadiah wang tunai setiap bulan bermula bulan ini hingga Januari 2023.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hadiah itu ialah Timbalan Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair; Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Pengarah Urusan IITH, Hajah Nornaimah binti Haji Zainip.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...