ABUJA, 25 April – Dua pengebom berani mati wanita ditembak mati dan seorang lagi dibunuh oleh alat letupan yang dibawanya ketika melakukan serangan berhampiran bandar utara Nigeria Maiduguri awal hari ini, kata polis tempatan.
Mengesahkan kejadian itu, ketua polis di negeri timur laut Borno, Damian Chukwu berkata pengebom wanita telah disyaki merupakan ahli kumpulan pengganas Boko Haram, yang dipersalahkan kerana lebih daripada 20,000 kematian dan perpindahan seramai 2.3 juta orang sejak 2009 di negara barat Afrika. – Xinhua