Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

3 pengebom nekad maut ditembak

ABUJA, 24 Julai – Pasukan tentera Nigeria menembak mati tiga wanita yang merupakan pengebom bunuh diri Boko Haram ketika ketiga-tiga mereka cuba menyusup masuk ke kem tentera di Kawuri, timur laut negara itu.

Jurucakap tentera Brig Jen Sani Kukasheka Usman dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga pengebom bunuh diri yang dalam misi melakukan serangan itu dikesan oleh pasukan keselamatan ketika cuba memasuki kem tentera itu pada Sabtu lepas.

“Kesemua wanita itu bagaimanapun tidak menghiraukan arahan pasukan keselamatan untuk berhenti menyebabkan anggota tentera terpaksa bertindak menembak mereka. Beberapa lagi pengebom bunuh diri dibawa keluar daripada kawasan itu,” katanya.

Usman turut menggesa penduduk tempatan menyokong pasukan tentera dan menjadi ‘mata dan telinga’ dengan melaporkan sebarang pergerakan mencurigakan yang boleh membahayakan pasukan tentera dan agensi keselamatan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -