3 singa Barbary dilahirkan di zoo Czech

DVUR KRALOVE, 10 SEPT – Tiga ekor singa Barbary dilahirkan di zoo Czech, sumbangan yang sangat berharga untuk kelangsungan hidup sejumlah kecil subspesies singa yang jarang dijumpai yang telah pupus di hutan belantara.

Ketiga-tiga ekor singa, yang kesemuanya adalah betina, dilahirkan pada 5 Julai lalu di taman Dvur Kralove. Ia telah dibawa ke kurungan luar minggu ini di bawah pemantauan yang ketat ke atas ibu haiwan itu, Khalila. Ketiga-tiga anak singa itu masih belum diberi nama.

Salah satu subspesies singa terbesar, yang pernah berkeliaran di utara Afrika, singa Barbary hampir pupus sepenuhnya disebabkan oleh aktiviti manusia.

Kebanyakannya dibunuh oleh gladiator pada zaman Romawi, sementara pemburuan kemudiannya telah menyebabkan kepupusan terhadap singa tersebut.

Dipercayai singa Barbary pupus di alam liar pada pertengahan tahun 1960an. Hanya puluhan ekor yang masih terselamat berada dalam koleksi Raja Maghribi.

Zoo Czech adalah sebahagian daripada program spesies terancam pan-Eropah yang menyelaraskan usaha untuk kelangsungan hidup mereka dalam kurungan.

Ketika ini, populasi global dianggarkan sekitar 100 ekor. – AP

Anak singa Barbary yang sangat jarang dijumpai telah dilahirkan di zoo Czech. – AP