3 syarikat penerbangan Kazakhstan digantung

NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 23 SEPT – Kazakhstan telah menggantung tiga buah syarikat pengangkutan udara untuk beroperasi kerana melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang meliputi penghantaran senjata ke Libya, menurut kerajaan negara Asia Tengah itu hari ini.

Pengumuman dibuat selepas Kazakhstan yang merupakan sekutu rapat Rusia berterusan menafikan membekalkan tentera upahan untuk menyokong serangan terhadap Perjanjian Kerajaan Nasional yang diiktiraf oleh PBB.

Dalam kenyataan menerusi laman web kementerian industri Kazakhstan berkata bahawa mereka telah menggantung lesen syarikat tempatan, Azee Air, Sigma Airlines dan Jenis Air.

Kenyataan menyatakan bahawa Majlis Keselamatan PBB telah memaklumkan Kazakhstan melalui surat bahawa ketiga-tiga buah syarikat tersebut telah melanggar sekatan pada Februari tahun ini.

Penerbangan oleh ketiga-tiga buah syarikat penerbangan ke Libya ‘telah dijalankan oleh negara ketiga’ menurut kementerian, dengan menyatakan bahawa ia bukan tanggungjawab Kazakhstan untuk memantau aktiviti syarikat penerbangan di luar Kazakhstan.

Pegawai PBB telah lama memberi amaran bahawa penghantaran senjata buatan asing ke Libya akan merosakkan usaha perdamaian.

Libya telah mengalami kekacauan hampir satu dekad sejak pemberontak yang disokong oleh NATO menggulingkan dan membunuh pemimpin veteran, Muammar Gadhafi.

Persatuan Eropah pada Isnin mengenakan sekatan ke atas ketiga-tiga buah syarikat tersebut – salah sebuah darinya milik Turki – kerana melanggar embargo senjata PBB, meningkatkan kemarahan dari Ankara.

Turki dan Qatar yang menyokong GNA, sementara Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Rusia menyatakan sokongan mereka terhadap musuh ketat, Khalifa Haftar, yang turut disyaki mendapat sokongan dari Perancis.

Pakar PBB memberi amaran dalam laporannya bulan ini bahawa keganasan terhadap sekatan Majlis Keselamatan adalah ‘terang-terangan dan tidak menghiraukan sekatan itu’. – AFP