3 terbunuh ditikam dalam pasar raya

BEIJING, 5 JUN – Tiga dilaporkan meninggal dunia sementara tujuh lagi cedera ditikam dalam pasar raya di luar bandar, tenggara China, semalam.

Pihak berkuasa polis berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun ditangkap sejurus selepas kejadian yang berlaku lewat kelmarin di wilayah Fujian.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, senjata yang digunakan tidak dinyatakan. Mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.

Serangan itu berlaku selepas kejadian 39 murid dan kakitangan sekolah cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah rendah di luar bandar terletak di wilayah Guangxi. Penyerang itu dilaporkan seorang pengawal keselamatan sekolah dan sudah ditangkap.

Keganasan menggunakan pisau adalah bukan sesuatu yang jarang berlaku, di mana senjata api dikawal ketat, merekodkan beberapa siri serangan di sekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP