Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    3 tukang masak terima Sijil Masyarakat Berjasa

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Tindakan pantas tiga orang tukang masak berjaya memadamkan kebakaran dapur di sebuah bangunan di Gadong di mana tindakan mereka itu mendapat pujian serta menerima Sijil Masyarakat Berjasa daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, Cawangan Operasi A menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa kepada dua orang tukang masak dari Tenaga Restaurant (Tandoor.com) dan seorang tukang masak dari Food House Eatery yang telah berjaya untuk memadamkan kebakaran dapur di sebuah bangunan di Jalan Pasar Baru, Gadong pada 14 Januari lalu.

    Kenyataan menyatakan bahawa tindakan pantas mereka itu, telah berjaya memadamkan kebakaran berkenaan daripada merebak dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering 2.5 kilogram.

    Sijil berkenaan disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Operasi A, Penguasa Bomba dan Penyelamat Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad, kelmarin.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi A.

    Orang ramai disarankan bahawa jika berlaku sebarang insiden kecemasan, mereka boleh berhubungan terus ke JBP melalui talian kecemasan bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    ATAS & BAWAH: Penguasa Bomba dan Penyelamat Pengiran Haji Asmali menyampaikan Sijil Masyarakat Berjasa kepada tiga orang tukang masak berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...