Thursday, August 11, 2022
23.3 C
Brunei

30 anak pokok ditanam

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sebanyak 30 pohon anak pokok daripada jenis Podocarpus dan Eugenia telah ditanam dalam Acara Penanaman Pokok Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di kawasan bangunan kementerian itu, kelmarin.

Hadir dan turut serta dalam acara penanaman pokok berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

Aktiviti penanaman pokok itu turut disertai oleh setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap, ketua eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi, ketua-ketua jabatan serta warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Selaras dengan pelaksanaan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, acara itu adalah bagi mendukung Garis Panduan Protokol Hijau yang telah dirasmikan oleh Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam bersempena Tahun Tindakan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Penanaman anak-anak pokok oleh Kementerian Pengangkutan dan Infomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawahnya akan berterusan sepanjang 2022 bagi mencapai 2,000 pohon anak pokok pada penghujung 2022.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib menanam anak pokok semasa aktiviti penanaman pokok di kawasan bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. – Gambar serahan MTIC
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -