30 cedera mesin ATM diletupkan di Paris

VERSAILLES, PERANCIS, 28 OGOS – Tiga puluh orang cedera dan sebuah kedai sebahagiannya musnah ketika mesin ATM sengaja diletupkan di sebuah bandar di luar Paris hari ini, menurut polis tempatan.

Serpihan letupan tersebar sejauh 20 meter dari lokasi di luar pasar raya di Mezieres-sur-Seine, barat laut Paris.

Empat orang dikejarkan ke hospital dengan luka ringan.

Kejadian masih belum dijelaskan tetapi suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan sedang diburu polis.

Pencuri berusaha meletupkan ATM untuk mencuri wang tunai yang disimpan di dalamnya. – AFP